Skip to main content

1. Gambaran Keseluruhan

Kenyataan Privasi (“Kenyataan”) ini disediakan oleh AGCO Corporation untuknya sendiri dan bagi pihak anak-anak syarikat serta anggota gabungannya (bersama-sama, “AGCO”). AGCO Corporation bertindak sebagai pengawal data utama dan anak-anak syarikat serta anggota gabungannya akan bertindak sebagai pengawal bebas bagi Maklumat Peribadi yang berkenaan dengan aktiviti mereka. Istilah berhuruf besar yang tidak ditakrifkan dalam bahagian utama Kenyataan ini akan ditakrifkan dalam Glosari pada penghujung Kenyataan ini. Kenyataan ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian. Kenyataan Umum adalah terpakai dalam mana-mana bidang kuasa, wilayah, atau lokasi. Kenyataan Wilayah menyentuh apa-apa keperluan tambahan di bawah Undang-undang Perlindungan Data tempatan. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara peruntukan Kenyataan ini dengan Kenyataan Wilayah, istilah dalam Kenyataan Wilayah yang terpakai akan mengatasi.

2. Skop Kenyataan ini

Kenyataan ini mengawal selia kaedah AGCO mengumpul dan Memproses Maklumat Peribadi tentang anda. Kami menggalakkan anda membaca Kenyataan ini dengan teliti dan memeriksa halaman ini dengan kerap bagi menyemak sebarang perubahan yang mungkin kami lakukan berhubung dengan istilah-istilah dalam Kenyataan ini.

Sila ambil perhatian bahawa Kenyataan ini terpakai kepada Pemprosesan oleh AGCO terhadap Maklumat Peribadi pekerja AGCO, pekerja yang dipinjamkan, pekerja sementara atau kakitangan lain berhubung dengan peranan yang mereka laksanakan untuk AGCO (secara kolektif, “Kakitangan AGCO”). Kenyataan Privasi wilayah yang berasingan yang mengawal selia Pemprosesan sedemikian terpakai kepada Kakitangan AGCO bagi tujuan ini.

AGCO mempunyai Kenyataan berasingan yang mengawal selia Pemprosesan Data Mesin. Sekiranya ada percanggahan antara istilah dalam Kenyataan ini dengan Kenyataan Data Mesin berhubung Pemprosesan Maklumat Peribadi, maka istilah dalam Kenyataan ini akan mengatasi berkenaan dengan sebarang percanggahan sedemikian.

3. Perlindungan Maklumat Peribadi anda

AGCO komited dalam Memproses Maklumat Peribadi dengan selamat. Kami menerapkan amalan Pemprosesan Maklumat Peribadi yang sesuai serta langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai bagi melindungi Maklumat Peribadi daripada akses, pindaan, pendedahan atau pemusnahan tanpa izin. Walau bagaimanapun, Internet bukanlah persekitaran yang selamat dan kami tidak menjamin sepenuhnya bahawa sebarang Maklumat Peribadi yang dipindahkan menggunakan Internet adalah selamat pada setiap masa. Penghantaran Maklumat Peribadi melalui Internet adalah atas risiko anda sendiri, dan anda hendaklah menggunakan hanya sistem yang selamat untuk mengakses Tapak, Aplikasi atau Peranti.

Anda bertanggungjawab menyimpan dengan selamat serta merahsiakan kelayakan akses anda bagi setiap Tapak, Aplikasi dan Peranti dan hendaklah menukarnya dengan kerap. Anda hendaklah segera menukar kelayakan akses anda dan memaklumi AGCO secepat mungkin jika anda menyedari berlaku penyalahgunaan.

4.  Butiran hubungan

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Kenyataan Privasi ini, Pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh kami, atau urusan anda dengan Tapak, Aplikasi atau Peranti, sila hubungi kami di:

AGCO Corporation
FAO Global Compliance Team
4205 River Green Pkwy
Duluth, GA 30096
United States

AGCO International GmbH
FAO Global Compliance Team
Victor von Bruns-Strasse 17
8212 Neuhausen am Rheinfall
Switzerland

privacy@agcocorp.com

Jika anda menghubungi kami, kami akan menyiasat dan cuba menyelesaikan setiap pertanyaan atau aduan anda dalam satu bulan atau tempoh lain yang mungkin dikehendaki di bawah Undang-undang yang Terpakai.

5. AGCO mungkin mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda

AGCO mungkin mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda dalam keadaan-keadaan berikut:

  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda turut serta dalam aktiviti seperti: suatu acara, pesta, demonstrasi produk, jerayawara, promosi, pertandingan.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda melawat mana-mana tapak web AGCO (setiap satu “Tapak”) atau menggunakan sebarang ciri atau sumber yang tersedia pada atau melalui suatu Tapak. Apabila anda melawat suatu Tapak, peranti dan pelayar anda akan mendedahkan secara automatik sesetengah maklumat (seperti jenis peranti, sistem pengendalian, jenis pelayar, tetapan pelayar, alamat IP, tetapan bahasa, volum data yang dipindahkan, tarikh dan masa penyambungan ke Tapak dan maklumat komunikasi teknikal yang lain), sesetengahnya atau semuanya mungkin membentuk Maklumat Peribadi.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda memuat turun atau menggunakan aplikasi mudah alih AGCO (setiap satu “Apl”). Apl AGCO mungkin merekodkan maklumat tertentu (termasuk statistik penggunaan Apl, jenis peranti, sistem pengendalian, tetapan Apl, alamat IP, tetapan bahasa, tarikh dan masa penyambungan ke Apl, data lokasi, dan maklumat komunikasi teknikal yang lain), sesetengahnya atau semuanya mungkin membentuk Maklumat Peribadi. Suatu Apl mungkin mempunyai Kenyataan Privasinya sendiri, yang merangkumi maklumat yang lebih terperinci, dan anda hendaklah menyemaknya sebelum menggunakan Apl berkenaan.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda mendaftar untuk menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh AGCO melalui suatu Tapak atau Apl atau melog masuk ke Tapak atau Apl, termasuk yang berikut: butiran pendaftaran, nama log masuk, alamat e-mel, kata laluan, soalan keselamatan, dan jika berkenaan, butiran pembayaran.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda menggunakan sebarang peranti telemetri AGCO atau peranti rakaman data (setiap satu “Peranti”), termasuk yang berikut: (i) jika anda membeli kenderaan yang dilengkapi Peranti, AGCO mungkin mengumpul Data Mesin tentang kenderaan tersebut; dan (ii) jika anda telah mendayakan fungsi berasaskan lokasi, AGCO mungkin mengumpul data lokasi. Selain itu, AGCO mungkin mengumpul Data Mesin apabila melaksanakan pemeriksaan, waranti atau perkhidmatan lain.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda menghubungi AGCO (sama ada secara bersemuka, melalui surat, melalui telefon, dalam talian, melalui komunikasi elektronik seperti borang web, sembang langsung, robot sembang, sistem konfigurasi kenderaan atau kaedah lain).
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi apabila anda melawat tapak AGCO sebagai sebahagian daripada pengurusan pelawat AGCO.
  • AGCO mungkin menggunakan pengawasan video di premis dan kemudahannya yang mungkin merakamkan anda jika anda melawat premis atau kemudahan kami. Kamu juga mungkin mengambil gambar dan video semasa acara pelanggan.
  • AGCO mungkin menggunakan pengawasan video pada kenderaan ujiannya, terutamanya untuk menguji dan menambah baik fungsi operasi autonomi.
  • AGCO mungkin mengumpul atau memperoleh Maklumat Peribadi yang anda pilih untuk dedahkan kepada umum, termasuk melalui media sosial (cth., kami mungkin mengumpul maklumat daripada profil media sosial anda jika anda membuat siaran umum tentang kami).

6. AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada orang lain

AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada pihak ketiga. Contohnya:

  • AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda apabila anda memberikan Maklumat Peribadi kepada pengedar, peniaga atau penjual AGCO yang sah (secara kolektif, “Peniaga”) (sama ada secara bersemuka, melalui surat, melalui telefon, dalam talian, melalui komunikasi elektronik atau mana-mana kaedah lain).
  • Jika anda memberikan maklumat anda kepada pembekal perkhidmatan AGCO pihak ketiga, mengikut Kenyataan Privasi pembekal pihak ketiga yang berkenaan.
  • Jika anda memilih untuk membuat pembayaran secara langsung kepada AGCO atau melalui suatu Tapak, Apl, atau Peniaga, AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada pihak ketiga, seperti pembekal perkhidmatan pembayaran, bagi tujuan pembayaran tersebut dibuat, termasuk yang berikut: butiran pembelian, data pembayaran, data kad kredit.
  • Setakat yang mana-mana pemeriksaan rujukan kredit dijalankan oleh AGCO atau bagi pihaknya berhubung dengan permohonan mendapatkan kredit, mengikut Undang-undang yang Terpakai, AGCO dan/atau Peniaga yang berkenaan mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada agensi rujukan kredit dan pihak ketiga yang lain, bagi tujuan semakan kredit tersebut, termasuk yang berikut: pengesahan sama ada agensi rujukan itu dapat mengesahkan butiran anda; dan keputusan semakan rujukan tersebut termasuk penilaian kredit anda
  • Demi mematuhi kewajipannya di bawah Undang-undang yang Terpakai, AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa awam.
  • AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada sumber-sumber awam (seperti direktori telefon, rekod pemilikan tanah, rekod lien, dsb.).
  • Jika anda berinteraksi dengan mana-mana kandungan pihak ketiga atau iklan pada Tapak atau dalam Apl (termasuk palam dan kuki pihak ketiga), AGCO mungkin menerima Maklumat Peribadi tentang anda daripada pembekal pihak ketiga bagi kandungan atau iklan yang berkenaan, mengikut Kenyataan Privasi pihak ketiga tersebut yang terpakai.
  • AGCO juga membeli data daripada penjual data. Penjual data pihak ketiga berkongsi data anda dengan AGCO berdasarkan kebenaran yang telah anda berikan kepada mereka, atau mereka juga berkongsi sebarang data yang tersedia pada umum yang mereka kumpulkan.

7. Maklumat Peribadi yang anda berikan tentang orang lain

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin memberi AGCO Maklumat Peribadi tentang orang lain. Contohnya, anda mungkin menyebut nama pelanggan AGCO yang lain semasa memberikan komen tentang produk AGCO. Apabila anda memberikan Maklumat Peribadi sedemikian, anda mesti memastikan bahawa hal ini tidak melanggar hak pihak ketiga tersebut. Jika anda tidak pasti sama ada pihak ketiga tersebut membenarkan anda memberikan Maklumat Peribadi mereka, sila elakkan daripada menyampaikan Maklumat Peribadi sedemikian kepada AGCO.

8. Maklumat Peribadi kanak-kanak

Secara amnya, kami tidak mengumpul atau seterusnya Memproses Maklumat Peribadi kanak-kanak berumur bawah 16 tahun. Kami meminta ibu bapa atau penjaga sah mereka untuk membantu kami dengan menyelia aktiviti kanak-kanak berhubung dengan Tapak, Apl dan Peranti kami dan tidak membenarkan mereka menyerahkan sebarang Maklumat Peribadi melalui Tapak, Apl atau Peranti kami.

Apabila Maklumat Peribadi kanak-kanak dikumpul atau proses, kami mendapatkan penglibatan ibu bapa atau penjaga sah mengikut Undang-undang yang Terpakai.

9. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Kami tidak akan menjual, mendagangkan, atau menyewakan Maklumat Peribadi anda untuk imbuhan kewangan. Walau bagaimanapun, kami mungkin berkongsi atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga dalam keadaan-keadaan berikut.

  • Kami mungkin berkongsi atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda dengan penerima dalam AGCO bagi tujuan mengendalikan perniagaan, Tapak Apl atau Peranti kami, menyediakan produk atau perkhidmatan yang ada pilih untuk anda, atau sebaliknya bagi tujuan yang digariskan dalam Kenyataan ini.
  • Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penerima di luar AGCO, termasuk Peniaga, bagi tujuan mengendalikan perniagaan, Tapak Apl atau Peranti kami, menyediakan produk atau perkhidmatan yang ada pilih untuk anda, atau sebaliknya bagi tujuan yang digariskan dalam Kenyataan ini.
  • Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penerima di luar AGCO, termasuk rakan kongsi usaha sama kami, AGCO Finance, bagi tujuan membolehkan penerima tersebut mengendalikan perniagaan, Tapak Apl atau Peranti mereka dan menyediakan produk atau perkhidmatan yang ada pilih untuk anda.
  • Kami mungkin menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan perniagaan, Tapak, Apl atau Peranti kami, menyediakan produk atau perkhidmatan yang ada pilih untuk anda, atau menjalankan aktiviti bagi pihak kami, seperti menghantar surat berita atau tinjauan. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga sedemikian bagi tujuan yang digariskan dalam Kenyataan ini.
  • Kami mungkin berkongsi maklumat demografi teragregat dengan rakan perniagaan, anggota gabungan dan pengiklan kami bagi tujuan yang digariskan dalam Kenyataan ini. Walaupun kami melakukan segala usaha yang wajar untuk memastikan maklumat sedemikian diawanamakan, ada kemungkinan Maklumat Peribadi anda itu akan didedahkan.
  • Tertakluk kepada pemberian notis awal, memperoleh persetujuan anda, atau menggunakan asas undang-undang yang sesuai seperti yang diperlukan di bawah Undang-undang yang Terpakai, kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan rakan pemasaran pihak ketiga kami, bagi tujuan pemasaran langsung. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa atau membantah pada bila-bila masa terhadap Pemprosesan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung.
  • Jika anda membuat bayaran melalui suatu Tapak atau Apl atau secara langsung kepada AGCO atau Peniaga, Maklumat Peribadi anda mungkin perlu diberikan kepada pihak ketiga (cth., pembekal perkhidmatan pembayaran) bagi tujuan memudahkan pembayaran tersebut.
  • Jika kami menjual, menggabungkan atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penyusunan semula, pembubaran, pencairan atau penstrukturan semula yang lain), kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada bakal penjual atau pembeli atau wakil mereka. Dalam keadaan ini, kami akan mengambil langkah-langkah yang wajar bagi menjamin keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda.
  • Kami juga mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda: (i) setakat yang perlu untuk mewujudkan, melaksanakan atau membuat pembelaan terhadap tuntutan undang-undang; (ii) jika dikehendaki oleh Undang-undang atau peraturan yang Terpakai; (iii) sebagai respons terhadap permintaan daripada agensi kerajaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang; (iv) apabila pendedahan adalah perlu atau wajar bagi mencegah kemudaratan fizikal atau kerugian besar; atau (v) bagi tujuan menyiasat suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang.

10. Pemindahan Antarabangsa Maklumat Peribadi

Kami mungkin menggunakan kemudahan Pemprosesan yang dikawal atau dikendalikan oleh ahli kumpulan korporat kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang berada dalam bidang kuasa selain daripada bidang kuasa tempat Maklumat Peribadi anda dikumpulkan pada asalnya. Secara khususnya, kandungan dan ciri-ciri suatu Tapak, Apl atau Peranti mungkin disediakan menggunakan pelayan yang berada di luar bidang kuasa anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada pelayan yang berada di Amerika Syarikat). Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan dan Diproses menggunakan pelayan tersebut atau kemudahan Pemprosesan lain sebagai sebahagian daripada pengendalian suatu Tapak, Apl atau Peranti, atau berhubung dengan mana-mana tujuan Pemprosesan yang dinyatakan dalam Kenyataan ini, tertakluk pada setiap masa kepada pematuhan terhadap peruntukan Undang-undang yang Terpakai. Pemindahan ini adalah perlu bagi menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda secara cekap dan berkesan. Dengan memberikan Maklumat Peribadi kepada AGCO, anda mengakui bahawa Maklumat Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar bidang kuasa anda.

Apabila Undang-undang yang Terpakai menghendaki suatu mekanisme pemindahan antarabangsa, kami memindahkan maklumat peribadi anda atas mana-mana dasar yang berikut;

  • Peraturan Korporat Terikat AGCO untuk pemindahan dalam AGCO.
  • Keputusan kecukupan seperti yang ditakrifkan dan disenggara oleh Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang berkenaan.
  • Fasal Kontrak Standard seperti yang ditakrifkan dan diselenggara oleh Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang berkenaan.
  • Sebarang mekanisme pemindahan antarabangsa lain yang tersedia di bawah Undang-undang yang Terpakai.

11. Perkhidmatan pihak ketiga

Anda mungkin temui iklan atau kandungan lain pada mana-mana Tapak, Apl atau Peranti yang mungkin dipautkan ke tapak web atau perkhidmatan rakan kongsi AGCO, pembekal, pengiklan, penaja, pemberi lesen dan pihak ketiga yang lain. Kami tidak mengawal kandungan atau pautan yang muncul pada tapak web atau perkhidmatan pihak ketiga ini, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan yang diguna pakai oleh tapak web atau perkhidmatan yang dipautkan kepada atau daripada mana-mana Tapak, Apl atau Peranti. Tapak web dan perkhidmatan ini mungkin tertakluk kepada dasar privasi dan terma penggunaan mereka sendiri.

12. Pemasaran langsung

Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan ini dan mengikut keperluan di bawah Undang-undang yang Terpakai, kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel, mesej teks, atau kaedah elektronik yang lain dari masa ke masa bagi memberi anda maklumat berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang mungkin anda sukai. Jika anda ingin membatalkan langganan daripada komunikasi ini, kami memasukkan arahan pembatalan langganan yang terperinci dalam setiap komunikasi sedemikian. Cara lain, anda boleh gunakan ciri pembatalan langganan yang diberikan melalui Tapak dan Apl kami.

Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya anda membatalkan langganan penerimaan komunikasi berkaitan pemasaran atau pengiklanan, kami mungkin masih terus menghubungi anda bagi tujuan melaksanakan arahan anda, membolehkan anda membuat sebarang pembelian yang anda pinta, mentadbir akaun anda, atau sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Undang-undang yang Terpakai.

13. Pengekalan data

Kami mengekalkan Maklumat Peribadi yang kami kumpul untuk tempoh masa yang berbeza bergantung pada tujuan serta asas undang-undang yang membenarkan Pemprosesan tersebut.

Apabila Maklumat Peribadi anda sudah tidak diperlukan bagi tujuan Pemprosesan, Maklumat Peribadi anda akan dipadam atau diawanamakan mengikut Undang-undang yang Terpakai.

Kami mungkin dikehendaki mengekalkan Maklumat Peribadi anda untuk tempoh masa tambahan, contohnya apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Undang-undang yang Terpakai.

14. Kuki

Kuki ialah fail kecil yang ditempatkan pada peranti anda apabila anda melawat suatu tapak web. Kuki merekodkan maklumat tentang peranti anda, pelayan anda, dan dalam sesetengah kes, pilihan dan tabiat anda dalam melayari tapak web. Kami mungkin Memproses Maklumat Peribadi anda melalui teknologi kuki mengikut Dasar Kuki kami.

15. Kecerdasan Buatan Generatif

Sesetengah perkhidmatan AGCO seperti robot sembang menggunakan kecerdasan buatan generatif untuk memberikan respons pantas dan tepat kepada pertanyaan. AGCO komited dalam memastikan Kecerdasan Buatan (“AI”) digunakan secara bertanggungjawab dan beretika, dan telah melaksanakan proses tadbir urus dalaman yang merangkumi pandangan menyeluruh manusia bagi meminimumkan risiko dan menjamin ketelusan, mematuhi Undang-undang yang Terpakai, dan bahawa sebarang sistem AI kami dibangunkan dan dihasilkan dalam cara yang menghormati privasi, adil dan bertanggungjawab. 

16. Google Analytics

Tapak kami, di sesetengah Wilayah dan mengikut Undang-undang yang Terpakai, mungkin menggunakan Google Analytics, iaitu perkhidmatan analisis web daripada Google, Inc. (“Google”), atau teknologi yang serupa. Google menggunakan “kuki”, iaitu fail teks yang disimpan pada komputer anda, bagi menganalisis cara anda menggunakan Tapak kami. Maklumat yang dihasilkan oleh kuki tentang cara anda menggunakan Tapak kami (termasuk alamat IP anda) dihantar ke pelayan Google di A.S. dan disimpan di situ. Google akan menggunakan maklumat ini untuk menilai cara anda menggunakan Tapak kami, menyusun laporan tentang aktiviti Tapak tersebut untuk pengendali Tapak kami, dan menyediakan aktiviti tapak yang lain berhubung dengan perkhidmatan Internet. Selain itu, Google mungkin memberikan maklumat ini kepada pihak ketiga apabila dikehendaki oleh undang-undang atau kepada pihak ketiga yang Memproses maklumat bagi pihak Google. Anda boleh menetapkan pelayar Internet anda supaya menghalang pemasangan kuki, namun kami perlu menekankan bahawa dengan cara itu sesetengah ciri dan fungsi Tapak kami tidak akan dapat digunakan. Dengan menggunakan Tapak kami dan menerima penggunaan kuki, anda bersetuju dengan Pemprosesan data tentang anda yang dikumpul oleh Google dengan cara yang diterangkan serta untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Persetujuan terhadap pengumpulan dan penyimpanan data boleh ditarik balik pada bila-bila masa di kemudian hari dengan mengklik pautan berikut: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Dasar Privasi Google.

17. Borang Bakal Pelanggan Google

Tapak kami mungkin menggunakan Borang Bakal Pelanggan Google dan Sambungan Borang Bakal Pelanggan. Borang-borang ini mengandungi medan nilai yang siap diisi, seperti nama, nombor dan alamat e-mel. Jika anda menggunakan pelayar Chrome, medan ini mungkin diprapopulasikan jika anda telah mendayakan ciri prapengisian pada pelayar Chrome anda.  Jika anda tidak menggunakan pelayar Chrome atau tidak mendayakan ciri prapengisian, anda akan dikehendaki mengisi medan ini secara manual. Sesetengah kempen iklan kami juga mengandungi Borang Bakal Pelanggan yang membantu kami menghubungi anda berhubung produk kami. Individu yang melengkapkan Borang Bakal Pelanggan Google boleh disasarkan semula (seperti yang diterangkan di bawah) selama tempoh 180 hari bagi mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh AGCO selepas persetujuan anda diterima. Anda boleh memilih keluar ciri ini pada bila-bila masa. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Dasar Privasi Google.

18. Google Maps

Tapak kami mungkin menggunakan Google Maps untuk menyediakan maklumat pemetaan dan lokasi. Google Maps menggunakan kuki dan juga GPS serta data sensor lain daripada peranti anda, alamat IP, aktiviti anda dalam perkhidmatan Google, seperti carian dan tempat yang anda tandai seperti rumah atau pejabat, dan maklumat tentang perkara-perkara berhampiran peranti anda, seperti titik akses Wi-Fi, menara telekomunikasi dan peranti yang didayakan Bluetooth. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Dasar Privasi Google.

19. Sasaran Semula

AGCO mungkin terlibat dan bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang turut menggunakan maklumat anda bagi menawarkan kepada anda iklan yang disesuaikan apabila anda melayari Internet atau menggunakan pelbagai platform media sosial.  Sesetengah iklan ini mungkin disesuaikan kepada kecenderungan anda berdasarkan cara anda melayari Tapak kami dan tempat-tempat lain di Internet, kadangkala dirujuk sebagai “pengiklanan berdasarkan minat” dan “pengiklanan tabiat dalam talian” (“Pengiklanan Berdasarkan Internet”), yang mungkin meliputi penghantaran iklan kepada anda berkenaan perkhidmatan pihak ketiga selepas anda meninggalkan Tapak menggunakan teknologi penyasaran semula. Anda boleh menolak atau melumpuhkan Pengiklanan Berdasarkan Internet, iklan yang disesuaikan, atau iklan yang disasarkan semula dengan menguruskan tetapan pelayar anda.  Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda melumpuhkan kuki dan/atau piksel meta, anda mungkin tidak dapat mengakses sesetengah ciri yang tersuai dalam Tapak.  Untuk melumpuhkan penyesuaian iklan dalam Pelayar Google anda, sila lawati https://adssettings.google.com/authenticated?hl=en_GB.

20. Terma penggunaan

Penggunaan Tapak, Aplikasi dan Peranti kami, serta produk dan perkhidmatan kami, adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan yang terpakai.

21. Hak anda

Anda bertanggungjawab memastikan bahawa sebarang Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada AGCO adalah lengkap, tepat dan terkini.

Tertakluk kepada Undang-undang yang Terpakai, anda mungkin mempunyai mana-mana hak yang berikut:

  • hak untuk meminta akses, atau menyalin Maklumat Peribadi anda yang diproses oleh AGCO;
  • hak untuk meminta supaya mana-mana Maklumat Peribadi anda yang tidak tepat dibetulkan;
  • hak untuk membantah, atas dasar yang sah, Pemprosesan Maklumat Peribadi anda;
  • hak untuk membantah penjualan, penyewaan atau perkongsian Maklumat Peribadi anda;
  • hak untuk meminta, atas dasar yang sah:
    • pemadaman Maklumat Peribadi anda yang diproses oleh AGCO; dan
    • sekatan terhadap Pemprosesan Maklumat Peribadi anda yang diproses oleh AGCO;
  • hak supaya Maklumat Peribadi anda dipindahkan kepada Pengawal lain, setakat yang boleh dilakukan;
  • apabila kami Memproses Maklumat Peribadi anda berdasarkan persetujuan anda, hak untuk menarik balik persetujuan itu;
  • hak untuk merayu atas suatu keputusan yang dibuat AGCO sebelumnya tentang hak privasi anda; dan
  • hak untuk membuat aduan berhubung Pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang sesuai. Maklumat lanjut, termasuk butiran hubungan Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang sesuai, boleh didapati di bahagian Wilayah dalam Kenyataan ini.

Ini tidak menjejaskan hak statutori anda. Anda boleh melaksanakan mana-mana hak ini dengan menggunakan butiran hubungan AGCO. AGCO akan memberikan jawapan kepada permintaan anda dalam lingkungan had masa yang ditentukan oleh Undang-undang yang Terpakai. Bagi permintaan yang lebih rumit, AGCO mungkin melaksanakan haknya untuk memanjangkan tempoh had itu sekiranya boleh dilakukan. Walau apa sekalipun, AGCO akan berusaha untuk memberikan jawapan tanpa berlengah-lengah.

22. Aduan

AGCO meminta supaya aduan dibuat secara bertulis supaya kami boleh meneliti butiran aduan tersebut.  Anda boleh membuat aduan dengan menggunakan butiran hubungan AGCO. Sekiranya perlu, AGCO akan menjalankan penyiasatan terhadap sifat aduan tersebut dan memberi anda jawapan bertulis.

Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan itu, anda berhak membuat aduan dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang sesuai. Maklumat lanjut, termasuk butiran hubungan Pihak Berkuasa Perlindungan Data yang sesuai, boleh didapati di bahagian Wilayah dalam Kenyataan ini.

23. Pindaan terhadap Kenyataan ini

AGCO mungkin meminda, menyemak semula atau mengemas kini Kenyataan Privasi ini pada bila-bila masa tanpa memberi anda notis khusus. Anda digalakkan supaya menyemak dengan kerap tentang sebarang perubahan dalam Kenyataan ini dan kekal termaklum akan cara kami membantu melindungi Maklumat Peribadi anda. Penggunaan berterusan mana-mana Tapak, Apl atau Peranti oleh anda dianggap sebagai penerimaan kepada sebarang pindaan terhadap Kenyataan ini.

Kemas kini terakhir: 01.08.2024

Dalam Kenyataan ini, istilah berhuruf besar membawa maksud berikut:

Undang-undang yang Terpakai bermaksud semua undang-undang, statut atau peraturan yang terpakai kepada anggota gabungan AGCO yang berkenaan.

Pihak Berkuasa Perlindungan Data bermaksud pihak berkuasa awam bebas yang secara sah ditugaskan untuk menyelia pematuhan terhadap Undang-undang Perlindungan Data.

Undang-undang Perlindungan Data bermaksud semua Undang-undang yang Terpakai berhubung dengan Pemprosesan Maklumat Peribadi.

Data Mesin bermaksud sebarang data yang telah dihasilkan dan/atau dikumpul daripada mesin anda yang dihasilkan, dikumpul, atau disimpan dalam mesin atau apa-apa perkakasan atau peranti yang berantara muka dengan mesin, sama ada secara telemetri atau sebaliknya. Data Mesin mungkin termasuk elemen Maklumat Peribadi.

Maklumat Peribadi bermaksud sebarang maklumat berkaitan dengan individu sebenar yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti yang dilindungi di bawah peruntukan perlindungan privasi atau data dalam Undang-undang yang Terpakai.

Memproses atau Pemprosesan bermaksud sebarang operasi atau set operasi yang dijalankan terhadap Maklumat Peribadi, sama ada secara automatik atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pengumpulan, rakaman, penyusunan, penyimpanan, penyesuaian atau pengubahan, penarikan, rundingan, penggunaan, pendedahan melalui pemindahan, penyebaran atau sebaliknya menjadikan tersedia, penjajaran atau penggabungan, penyekatan, pemadaman atau pemusnahan.

Maklumat Peribadi Sensitif bermaksud sebarang maklumat yang berkenaan dengan individu sebenar yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti yang mempunyai perlindungan istimewa di bawah peruntukan perlindungan privasi atau data dalam Undang-undang yang Terpakai.